Sejak awal tahun ini, dunia modern ditiup dengan angin yang menginginkan perubahan. Dari sudan, Kosovo, Algeria ke Tunisia, Maghribi ke Libya, Syria ke Yemen hingga ke Dataran Tahrir di Mesir gelombang revolusi bersebaran. Seluruh dunia bertukar menjadi medan domino pabila satu per satu Negara jatuh dek penyatuan rakyat yang menuntut kepada perubahan.
Ilustrasi Penyatuhan Media sosial |
Terdapat pelbagai pengantara yang
menjadi pencetus sesebuah revolusi itu, kalau kita singkap semula sejarah
kebanyakan cara untuk menyemarakkan api perubahan adalah dengan medium
penulisan dan media massa. Kedua – dua elemen ini merupakan aspek penting dan
cara yang paling cepat untuk digapai manusia tika itu. Bak ungkapan pujangga,
pena itu lebih tajam dari mata pisau .
Di era globalisasi moden ini,
penyebaran Berita bertambah pantas lagi dengan adanya rangkaan internet dan
internet tanpa wayar. Segala jenis berita dan Berita boleh diperoleh dengan sekelip mata dan
segala-galanya berada di hujung jari saja.
Dalam pada masa yang sama, laman
sosial juga muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai jenis laman
sosial boleh kita sertai seawall Friendster, myspace dan tagged sehinggalah
laman yang popular kini yaitu muka buku atau facebook dan juga twitter.
Secara majoritinya pemilik laman
sosial selalunya adalah kaum Revolusi atau remaja. Medium ini digunakan untuk
berkongsi minat, bertukar pendapat dan juga mencari kawan baru tetapi awal
tahun ini, dunia digemparkan dengan berita mengenai laman sosial menjadi medium
penyatuan revolusi di timur tengah dan dunia Arab.
Pada zaman ini, cara terbaik
untuk mengumpulkan semua penduduk khususnya Revolusi untuk sama-sama bergerak
adalah dengan menggunakan laman sosial. Penyebaran Berita berlaku dalam sekelip
mata. Contohnya perkara yang berlaku beberapa minit yang lalu sudah pasti
berada di dalam status terkini anda di facebook mahupun di twitter.
Fenomena ini telah memberi nafas
baru dalam penyaluran Berita serta bertindak sebagai agen penyatuan semua
manusia secara umum dan menjadi landasan penyatuan rakyat sesuatu Negara secara
khususnya. Sebagai contoh peristiwa di Dataran Tahrir, Mesir, di mana salah
satu faktor atau penyebab pengumpulan rakyat Mesir khususnya Revolusi di
dataran tersebut adalah disebabkan salah seorang aktivis telah menjadikan facebook dan twitter sebagai
medium mengumpul pendapat dan menyusun
strategi.
Aktivis tersebut adalah Wael
Ghonim, seorang eksekutif muda di Google muncul sebagai pencetus utama gerakan
pembaharuan di Mesir. Revolusiu yang mempunyai lebih 500,000 orang pengikut di
facebook telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir sebelum dilepaskan selepas 12
hari. Penggunaan laman sosial adalah landasan terbaik untuk memupuk semangat
kebersamaan dan mungkin revolusi tidak akan berlaku sekiranya laman sosial
seperti Facebook , Twitter dan sebagainya tidak wujud.
Bukan saja di Mesir, laman sosial
juga menjadi faktor pencetus semangat revolusi di Libya dan juga di Syria. Ini
telah mengangkat darjat laman sosial dari hanya sebagai tempat berkumpul dan
berkongsi minat kepada pusat pembentukan semangat revolusi.
Secara kesimpulannya, laman
sosial berjaya menyatukan rakyat di sesebuah Negara. Mungkin dalam lingkungan
kita rakyat Indonesia boleh tertahan dengan slogan NKRI harga mati namun anak
muda papua sudah mengadaptasikan penggunaan dan cara mereka( rakyat Mesir) untuk
membuat perubahan dalam masyarakat sebagai contoh Group KNPB dan banyak
sejenisnya yang dilaksanakan oleh kaum
muda yang berjiwa radikal yang telah
berjaya mengumpulkan sejumlah besar bilangan Revolusi bersama-sama di anak
negeri dan kebanyakan promosi dilaksanakan menerusi laman social seperti
pacebook, twitter, blog dll.
Akhir kalam, peredaran masa telah
membawa arus perubahan kepada penyebaran semangat yang tidak dikira, kawan2 semangat penyatuan maupun semangat
kekitaan telah beralih kepada penggunaan medium baru yakni media sosil. Zaman
revolusi kertas dahulunya kini ditukar dengan revolusi laman sosial. harapanku perlulah diambil dari peristiwa yang telah
berlaku dan jadikanlah ia sebagai rujukan untuk diaplikasikan di kalangan kita
demi revolusi bangsa papua barat
Oleh: Turius wenda (@TuriusWenda)
0 komentar:
Posting Komentar