22 April 2013

Facebook dan laman Sosial sejenisnya sebagai medium penyatuan semangat revolusi papua

Oleh: Turius Wenda

Sejak awal tahun ini, dunia modern ditiup dengan angin yang menginginkan perubahan. Dari  sudan, Kosovo, Algeria ke Tunisia, Maghribi ke Libya, Syria ke Yemen hingga ke Dataran Tahrir di Mesir gelombang revolusi bersebaran. Seluruh dunia  bertukar menjadi medan domino pabila satu per satu Negara jatuh dek penyatuan rakyat yang menuntut kepada perubahan.

Ilustrasi Penyatuhan Media sosial
Terdapat pelbagai pengantara yang menjadi pencetus sesebuah revolusi itu, kalau kita singkap semula sejarah kebanyakan cara untuk menyemarakkan api perubahan adalah dengan medium penulisan dan media massa. Kedua – dua elemen ini merupakan aspek penting dan cara yang paling cepat untuk digapai manusia tika itu. Bak ungkapan pujangga, pena itu lebih tajam dari mata pisau .

Di era globalisasi moden ini, penyebaran Berita bertambah pantas lagi dengan adanya rangkaan internet dan internet tanpa wayar. Segala jenis berita dan Berita  boleh diperoleh dengan sekelip mata dan segala-galanya berada di hujung jari saja. 
Dalam pada masa yang sama, laman sosial juga muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai jenis laman sosial boleh kita sertai seawall Friendster, myspace dan tagged sehinggalah laman yang popular kini yaitu muka buku atau facebook dan juga twitter.

Secara majoritinya pemilik laman sosial selalunya adalah kaum Revolusi atau remaja. Medium ini digunakan untuk berkongsi minat, bertukar pendapat dan juga mencari kawan baru tetapi awal tahun ini, dunia digemparkan dengan berita mengenai laman sosial menjadi medium penyatuan revolusi di timur tengah dan dunia Arab. 
Pada zaman ini, cara terbaik untuk mengumpulkan semua penduduk khususnya Revolusi untuk sama-sama bergerak adalah dengan menggunakan laman sosial. Penyebaran Berita berlaku dalam sekelip mata. Contohnya perkara yang berlaku beberapa minit yang lalu sudah pasti berada di dalam status terkini anda di facebook mahupun di twitter.
                                                                                               
Fenomena ini telah memberi nafas baru dalam penyaluran Berita serta bertindak sebagai agen penyatuan semua manusia secara umum dan menjadi landasan penyatuan rakyat sesuatu Negara secara khususnya. Sebagai contoh peristiwa di Dataran Tahrir, Mesir, di mana salah satu faktor atau penyebab pengumpulan rakyat Mesir khususnya Revolusi di dataran tersebut adalah disebabkan salah seorang aktivis  telah menjadikan facebook dan twitter sebagai medium  mengumpul pendapat dan menyusun strategi.

Aktivis tersebut adalah Wael Ghonim, seorang eksekutif muda di Google muncul sebagai pencetus utama gerakan pembaharuan di Mesir. Revolusiu yang mempunyai lebih 500,000 orang pengikut di facebook telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir sebelum dilepaskan selepas 12 hari. Penggunaan laman sosial adalah landasan terbaik untuk memupuk semangat kebersamaan dan mungkin revolusi tidak akan berlaku sekiranya laman sosial seperti Facebook , Twitter dan sebagainya tidak wujud.

Bukan saja di Mesir, laman sosial juga menjadi faktor pencetus semangat revolusi di Libya dan juga di Syria. Ini telah mengangkat darjat laman sosial dari hanya sebagai tempat berkumpul dan berkongsi minat kepada pusat pembentukan semangat revolusi.

Secara kesimpulannya, laman sosial berjaya menyatukan rakyat di sesebuah Negara. Mungkin dalam lingkungan kita rakyat Indonesia boleh tertahan dengan slogan NKRI harga mati namun anak muda papua sudah mengadaptasikan penggunaan dan cara mereka( rakyat Mesir) untuk membuat perubahan dalam masyarakat sebagai contoh Group KNPB dan banyak sejenisnya  yang dilaksanakan oleh kaum muda yang berjiwa radikal yang  telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar bilangan Revolusi bersama-sama di anak negeri dan kebanyakan promosi dilaksanakan menerusi laman social seperti pacebook, twitter, blog dll.                                                
            
Akhir kalam, peredaran masa telah membawa arus perubahan kepada penyebaran semangat yang tidak dikira,  kawan2 semangat penyatuan maupun semangat kekitaan telah beralih kepada penggunaan medium baru yakni media sosil. Zaman revolusi kertas dahulunya kini ditukar dengan revolusi laman sosial. harapanku  perlulah diambil dari peristiwa yang telah berlaku dan jadikanlah ia sebagai rujukan untuk diaplikasikan di kalangan kita demi revolusi bangsa papua barat 

Oleh: Turius wenda (@TuriusWenda)



0 komentar:

Poskan Komentar

More on this category »